<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/20393721?origin\x3dhttp://bertahta.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script><!-- --><div id="flagi" style="visibility:hidden; position:absolute;" onmouseover="showDrop()" onmouseout="hideDrop()"><div id="flagtop"></div><div id="top-filler"></div><div id="flagi-body">Notify Blogger about objectionable content.<br /><a href="http://help.blogger.com/bin/answer.py?answer=1200"> What does this mean? </a> </div></div><div id="b-navbar"><a href="http://www.blogger.com/" id="b-logo" title="Go to Blogger.com"><img src="http://www.blogger.com/img/navbar/1/logobar.gif" alt="Blogger" width="80" height="24" /></a><form id="b-search" name="b-search" action="http://search.blogger.com/"><div id="b-more"><a href="http://www.blogger.com/" id="b-getorpost"><img src="http://www.blogger.com/img/navbar/1/btn_getblog.gif" alt="Get your own blog" width="112" height="15" /></a><a id="flagButton" style="display:none;" href="javascript:toggleFlag();" onmouseover="showDrop()" onmouseout="hideDrop()"><img src="http://www.blogger.com/img/navbar/1/flag.gif" name="flag" alt="Flag Blog" width="55" height="15" /></a><a href="http://www.blogger.com/redirect/next_blog.pyra?navBar=true" id="b-next"><img src="http://www.blogger.com/img/navbar/1/btn_nextblog.gif" alt="Next blog" width="72" height="15" /></a></div><div id="b-this"><input type="text" id="b-query" name="as_q" /><input type="hidden" name="ie" value="UTF-8" /><input type="hidden" name="ui" value="blg" /><input type="hidden" name="bl_url" value="budakpangkor.blogspot.com" /><input type="image" src="http://www.blogger.com/img/navbar/1/btn_search_this.gif" alt="Search This Blog" id="b-searchbtn" title="Search this blog with Google Blog Search" onclick="document.forms['b- search'].bl_url.value='budakpangkor.blogspot.com'" /><input type="image" src="http://www.blogger.com/img/navbar/1/btn_search_all.gif" alt="Search All Blogs" value="Search" id="b-searchallbtn" title="Search all blogs with Google Blog Search" onclick="document.forms['b-search'].bl_url.value=''" /><a href="javascript:BlogThis();" id="b-blogthis">BlogThis! </a></div></form></div><script type="text/javascript"><!-- var ID = 10971257;var HATE_INTERSTITIAL_COOKIE_NAME = 'dismissedInterstitial';var FLAG_COOKIE_NAME = 'flaggedBlog';var FLAG_BLOG_URL = 'http://www.blogger.com/flag-blog.g? nav=1&toFlag=' + ID;var UNFLAG_BLOG_URL = 'http://www.blogger.com/unflag-blog.g?nav=1&toFlag=' + ID;var FLAG_IMAGE_URL = 'http://www.blogger.com/img/navbar/1/flag.gif';var UNFLAG_IMAGE_URL = 'http://www.blogger.com/img/navbar/1/unflag.gif';var ncHasFlagged = false;var servletTarget = new Image(); function BlogThis() {Q='';x=document;y=window;if(x.selection) {Q=x.selection.createRange().text;} else if (y.getSelection) { Q=y.getSelection();} else if (x.getSelection) { Q=x.getSelection();}popw = y.open('http://www.blogger.com/blog_this.pyra?t=' + escape(Q) + '&u=' + escape(location.href) + '&n=' + escape (document.title),'bloggerForm','scrollbars=no,width=475,height=300,top= 175,left=75,status=yes,resizable=yes');void(0);} function blogspotInit() {initFlag();} function hasFlagged() {return getCookie(FLAG_COOKIE_NAME) || ncHasFlagged;} function toggleFlag() {var date = new Date();var id = 10971257;if (hasFlagged()) {removeCookie (FLAG_COOKIE_NAME);servletTarget.src = UNFLAG_BLOG_URL + '&d=' + date.getTime();document.images['flag'].src = FLAG_IMAGE_URL;ncHasFlagged = false;} else { setBlogspotCookie (FLAG_COOKIE_NAME, 'true');servletTarget.src = FLAG_BLOG_URL + '&d=' + date.getTime();document.images ['flag'].src = UNFLAG_IMAGE_URL;ncHasFlagged = true;}} function initFlag() {document.getElementById('flagButton').style.display = 'inline';if (hasFlagged()) {document.images['flag'].src = UNFLAG_IMAGE_URL;} else {document.images['flag'].src = FLAG_IMAGE_URL;}} function showDrop() {if (!hasFlagged()) {document.getElementById ('flagi').style.visibility = 'visible';}} function hideDrop() {document.getElementById('flagi').style.visibility = 'hidden';} function setBlogspotCookie(name, val) {var expire = new Date((new Date()).getTime() + 5 * 24 * 60 * 60 * 1000);var path = '/';setCookie (name, val, null, expire, path, null);} function removeCookie(name){var expire = new Date((new Date ()).getTime() - 1000); setCookie(name,'',null,expire,'/',null);} --></script><script type="text/javascript"> blogspotInit();</script><div id="space-for-ie"></div><!-- --><div id="b-navbar"><a href="http://www.blogger.com/" id="b-logo" title="Go to Blogger.com"><img src="http://www.blogger.com/img/navbar/3/logobar.gif" alt="Blogger" width="80" height="24" /></a><form id="b-search" action="http://www.google.com/search"><div id="b-more"><a href="http://www.blogger.com/" id="b-getorpost"><img src="http://www.blogger.com/img/navbar/3/btn_getblog.gif" alt="Get your own blog" width="112" height="15" /></a><a href="http://www.blogger.com/redirect/next_blog.pyra?navBar=true" id="b-next"><img src="http://www.blogger.com/img/navbar/3/btn_nextblog.gif" alt="Next blog" width="72" height="15" /></a></div><div id="b-this"><input type="text" id="b-query" name="q" /><input type="hidden" name="ie" value="UTF-8" /><input type="hidden" name="sitesearch" value="w0ainii.blogspot.com" /><input type="image" src="http://www.blogger.com/img/navbar/3/btn_search.gif" alt="Search" value="Search" id="b-searchbtn" title="Search this blog with Google" /><a href="javascript:BlogThis();" id="b-blogthis">BlogThis! </a></div></form></div><script type="text/javascript"><!-- function BlogThis() {Q='';x=document;y=window;if(x.selection) {Q=x.selection.createRange().text;} else if (y.getSelection) { Q=y.getSelection();} else if (x.getSelection) { Q=x.getSelection();}popw = y.open('http://www.blogger.com/blog_this.pyra?t=' + escape(Q) + '&u=' + escape(location.href) + '&n=' + escape (document.title),'bloggerForm','scrollbars=no,width=475,height=300,top= 175,left=75,status=yes,resizable=yes');void(0);} --></script><div id="space-for-ie"></div>


Selamat datang klik SINI untuk bantuan dan panduan chat
Gunakan Scrollbar utk ke bawah


...kehidupan itu amat indah...


_____________________________

Ahad, 4 Disember 2005

Semalam aku baru tengok citer
pontianak harum sundal malam 2
Komen aku untuk filem yang berbajet kecik
macam tu memang patut dibanggakan...
memang aku enjoy habis bila menonton
filem tu...Memang tak rugi langsung..
korang semua kalau ada idea2 menarik
utk buat page aku nie lagi meriah..
jangan malu2 cadangkan jer...
akan aku pertimbangkan sebaik2nya...
terima kasih sebeb tak jemu...datang sini..
bye.....
____________________________________


1 Disember 2005




OST Memories in Bali
(klik play utk dengar)

Kejap lagi aku nak tengok citer kat atas nie..
best siut...layan...tangkap leleh..
citer nie sedih tahap super...
tak pernah aku tengok citer korea sesedih ini...
lepas nie nak cari cd dia...
lagu OST citer "memories in bali" nie pun..best..
10 kali best dari lagu winter sonata...
bila agaknya malaysia...
nak hasilkan citer yg best macam nie kan...?
cantik tak heroin citer nie...?
bye....

"Memories in Bali"


Isnin, 7 November 2005

"SEJARAH YANG AKAN KU KENANG HAYAT INI"

Hampir 7 Tahun peristiwa "itu" mengembara bersama aku,
membawa bersama seribu satu
Kedukaan yang sentiasa meliputi usia remaja
yang aku sendiri tidak sedar mula matang hari demi hari.
Orang boleh bercakap dan terus bercakap
mencerca dan terus mencaci
sesungguhnya aku sudah jelak dan telinga ini
mungkin sekali sudah lali dengan semua itu.
Biarkan mereka dengan syak wasangka mereka
kerana aku tahu apa yang aku katakan
aku tahu apa yang telah aku saksikan
Dan aku tahu dan sungguh jelas dengan "kebenaran"
yang telah merubah seluruh perjalan hidup aku
Orang yang paling aku percaya yang aku sangka
boleh melindungi darah daging aku sendiri
sanggup mengkhianati aku dan keluargaku..
Aku masih ingat bagaimana sayunya keadaan
kami 5 beranak bila aku mula membuka pekung
manusia yang tidak berhati perut itu.
Tuhan sahaja yang tahu apa yang telah aku lalui
selama ini.
Akhirnya apa yang terjadi?
Orang yang sepatutnya dihukum terlepas dengan
begitu mudah...bukan salah siapa..mungkin ahli keluarga
aku sendiri yang terlalu lembut hati..
Lagi pula tak sanggup rasanya aku melihat ibu
serta adik beradiknya yang lain merayu aku.
Abang dan kakak menangis sambil mendakap adik..
Aku? Bohonglah kalau aku katakan aku semudah itu
memaafkan orang yang telah menjadikan keluarga aku
seperti ini.
Tapi apakan daya...masa berlalu dan akhirnya
keputusan juga telah diambil.
Kerana peristiwa itu, zaman remaja aku telah
berubah menjadi liku-liku yang teramat sukar
untuk aku tempuh.
Apa yang paling menyedihkan aku ialah
bila terpaksa berpisah dengan teman2 rapat
aku dikampung.Memang lain rasanya
bila berpisah dengan orang yang sama2 membesar dengan
aku selama ini.
Tapi apa yang mampu aku lakukan...
kerana pilihan bukan ditangan aku..
Aku redha dengan ujian ini...
Yang paling membuatkan aku sebak dipagi Raya yang lepas
adalah apabila mengenangkan perbuatan aku pada
arwah abah...mungkin aku layak digelar anak derhaka barangkali
kerana terlalu menurut kata hati...abah meninggal tanpa
sempat aku memohon ampun kepadanya.
Lebih dari setahun aku cuba mengelakkan diri dari abah
Sampai ke Bandar Bangi aku membawa diri kerana "merajuk" dengannya...tapi apa yang aku dapat...hanya sesalan... Hanya sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa yang
terbaring dihadapan aku.
Menitis jua air mataku dihadapan mayat abah...
Sekian lama aku menahan ia dari jatuh semasa
dalam perjalanan balik ke kampung bersama kakak
Disaat ini barulah aku mula memutarkan
kembali kenangan manis ketika bersama abah
Terlalu kecil salah abah padaku jika
hendak dibandingkan dengan pengorbanannya pada aku
selama ini.Bagaimana aku boleh begini kejam melayan orang yang sentiasa menyayangi aku ketika hayatnya. Tapi sesal kemudian sudah tidak berguna... Kini abah sudah tiada...
Tiada lagi orang yang akan menegur aku jika
aku melakukan kesalahan...
Ntah kenapa aku merindui leterannya kini..
walupun dahulu aku begitu tidak menggemarinya
Maafkan aku abah...Maafkan aku...
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya..
Al-Fatihah
Untuk manusia yang telah merosakkan keluarga
aku...Bukan aku tidak menyayangi dia..
memang dia seorang insan yang penyayang..
malahan dia juga orangnya yang telah memelihara aku
sejak dari kecil lagi
Dendam itu telah lama aku "kuburkan"... Dia pun kini sudah menerima balasannya sedikit demi
sedikit...sebagai manusia aku berusaha memaafkannya
kini setiap tahun aku akan pulang berhari raya
dirumahnya seperti tidak pernah berlaku
apa2 diantara kami...mungkin orang akan mengatakan
aku memfitnah dia...tetapi biarlah apa
orang nak kata...kini ku serahkan
kepada Allah untuk membalas perbuatannya
Biarlah dia menikmati sisa2 usia nya yang masih ada..
Pada kawan yang lain maaflah...kerana ter-emosional kali
ni...Aku harap kisah ini akan menjadi pengajaran
buat korang semua
Sayangi ibu-bapa anda selagi mereka masih bernafas
Wassalam


Jumaat, 28 oktober 2005



Assalammualaikum..
Diam tak diam tinggal lebih kurang 4 hari
jer lagi kita nak sambut hari raya...
seronoknya pangkor...
tadi baru lepas siapkan "packet" duit raya.
Tahun nie raya kira meriah "carey" ler teman...
he..he..he...
Sekarang nie aku tengah terbayang2
lemang yang lembut sambil dicecah dengan rendang
ayam yang enak buatan ibu ku yang tercinta...
terkecur air liur dibuatnya.....
lomang..umah ko mesti banyak lemang kan...
sudi2 kan lah sedekah kat pangkor sebatang dua...
bukan luak pun kat umah ko kan..?
macam tak nak bagi jer....
ok lah tak perlah..pangkor beli jer lah... he..he..
untuk gloria..timer kasih masih ingat aku..
.nanti aku contact ko...
bye geng...selamat hari rayo...
maap zahir..jer...yer..
batin rasanya tak ader....
wassalam.


Khamis, 25 Ogos 2005



Hai lama tak chat ngan korang semua..
hari nie aku free sikit so ader masalah ..nak
"touch up" page yang dah lama aku biarkan
tak berusik nie...
amacam best tak lagu baru page aku nie...
harap korang terhibur.
tak ader apa2 yang menarik nak aku ceritakan kat
korang semua kali ni.
Apa yang aku rasa "lain macam jer"
baru2 nie cuma bila "daniel"
diumumkan sebagai malaysian idol yang kedua...
rasa lucu pulak bila ketiga-tiga juri yang
ada macam nak tak nak jer..tepuk tangan
bagi meraikan budak yg orang cakap "cute" tu.
(ntahlah kat mana cute nya)
apa pun selamat berjaya untuk nita....
well....masih belum dapat rasanya
untuk negara ini menghasilkan satu lagi..
bakat sehebat jacklin victor....



Khamis, 25 Ogos 2005



Sorrylah..aku sibuk sikit baru2 nie... panjang citernya...aku baru jer kena tipu ngan sorang minah nie... gambar dia ada kat atas. Pompuan nie dah tipu kami (aku dan kawan2 lain) macam2 lah... dari latarbelakang pendidikan dia, sampailah status famili dia.... belagak macam anak orang kaya... anak dato seri konon...boleh blah... habis musnah impian aku.. nantilah pompuan siap dia... yang paling aku bengang..dia cakap dia kelulusan universiti teknologi malaysia.. ijazah tu...lepas tu ada diploma kat ITTAR.. tApi bila aku ngan kawan2 aku belek betul2 sijil dia tu.. semuanya palsu...bengangnya aku... dari sijil SPM sampailah sijil UTM tu.. semuanya tipu... bengangnya aku... korang boleh bagi cadangan tak..apa yg patut aku buat ngan minah tak guna nie...????


________________________________________________________
Ahad, 03 Julai 2005

Apa khabar kawan-kawan semua. Lama kita tak berhubung dan agak lama juga aku berehat dari meng "edit" website aku nie. Maaflah kerana masa aku terlalu terhad sekarang nie. Maklumlah tanggungjawab aku sekarang nie dah berubah.
Dulu masa jadi student..bolehlah nak main-main selalu
sekarang dah kerja nie kenalah serius sikit.
Yang sebenarnya aku dah tak kerja kat kedai komputer tu.
Aku berhenti sebab tauke kedai tu tak bagi aku waktu rehat
pun. Dahlah tak ada waktu rehat, kalau nak makan pun
kena beli bungkus ..."berbulu" jer aku..
Dah tu time aku tengah makan pun
dia tak menyempat2 suruh aku
buat kerja...gaji macam tu juga.Kalau setakat gaji tu aku tak
kisah lagi, sebab aku memang suka kerja repair2 komputer nie.
Tapi takkanlah sampai sanggup diperhambakan macam tu.
Ada baik aku berhenti. Padan muka dia.
Sekarang nie aku kerja kat bahagian marketing dekat
salah sebuah anak syarikat yang agak berpengaruh
kat Malaysia nie.Tugas aku...apa lagi cari "market" utk
bos akulah...oklah kerja nie..aku enjoy..
rasanya aku boleh stay lamalah kat sini.
Harap2 begitulah hendaknya.
Oklah geng..waa chow dululah...ada kerja sikit nak buat.
bye sayang kat korang yang selalu masuk kat sini.
ummmmmmaaaahhhhhhh Assalammualaikum.


_______________________________________________________
Rabu, 15 Jun 2005

Hari nie adalah hari kedua aku akan bekerja ditempat kerja aku yang baru. Maaf aku terlupa untuk memberitahu kalian bahawa aku telah diterima bekerja disebuah kedai menjual dan membaik pulih komputer. Aku telah menyandang jawatan "technician" disitu. Yang sebenarnya aku teramat suka dengan kerja yang aku lakukan sekarang ini. Semua ini kerana minat aku yang mendalam terhadap bidang ini. Betul lah apa yang orang selalu cakap "buatlah apa yang kamu suka dan tahu". Sekarang aku dah jumpa apa yang aku mahu. Memang kerja ini meletihkan tetapi aku dapat belajar banyak perkara baru yang tidak diajar dalam kuliah aku dulu. Teknologi bergerak terlalu pantas. Ditempat kerja baru ini, sedikit sebanyak aku akan terdedah dengan kemunculan teknologi baru yang sekaligus dapat memberikan aku peluang untuk belajar. Setelah berada seharian dikedai itu, aku terasa ingin membuka satu perniagaan yang mirip dengan tempat kerja aku ini. Doakan aku berjaya kawan.


Oklah kita tinggalkan dulu citer pasal kerja
Korang semua dah tengok cerita "A Lot Like Love"?
kalau belum dinasihatkan pergi tengok cepat2. cerita nie best+lucu tahap melampau-lampau. Sepanjang tayangan dipenuhi dengan gelak ketawa sahaja. Tak keterlaluan aku katakan bahawa ini adalah filem komedi terbaik pernah aku saksikan sepanjang hidupku.
Filem ni mengajar kita supaya berfikir sejenak disalam diri kita, Apa sebenarnya yang kita mahu didalam hidup ini.. begitulah yang terjadi dengan watak utama dalam cerita ini
iaitu Oliver dan Emily.
Mereka telah mensia-siakan 7 tahun utk hidup bersama. Kalau korang nak tau apa kisah sebenarnya, jangan lupa tengok tau. bye
Assalammualaikum.


________________________________________________________ ____

Ahad, 12 Jun 2005

Jam menunjukkan sudah tepat pukul 11.49 minit malam. Lagi beberapa minit tanggal 13 Jun akan muncul menggantikan Ahad yang merehatkan ini. Hari yang sibuk bakal menjelma. Waktu sememangnya tidak pernah berhenti berputar. Sepanjang 21 tahun hayatku didunia ini, Masih belum banyak yang telah aku capai baik dari segi kerjaya mahupun kehidupan. Bila membabitkan soal cinta, kekecewaan seringkali menjadi peneman setia aku tak kira dalam episod mana sekalipun. Baik cinta monyet hinggalah ke alam percintaan yang matang ini pun nasib masih tidak menyebelahi aku. Aku sedar terlalu banyak kekurangan yang aku miliki. Wanita-wanita diluar itu terlalu “waras” mungkin untuk menerima kehadiran diri aku didalam hidup mereka. Aku tak ubah seperti pepohon muda yang masih belum berbunga, jauh sekali untuk berbuah. Lama ku termenung memikirkan nasibku dikemudia hari. Memikirkan masa hadapan. Aku begitu teringin untuk berkeluarga. Sebuah keluarga yang cukup bahagia. Itulah harapan aku sejak dari dulu. Seronok rasanya bila memikirkan aku mempunyai seorang isteri yang baik serta dikurniakan anak-anak yang comel. Semua itu tidak mustahil. Biar masa yang menentukan. Bukanlah bermakna aku menerahkan bulat-bulat pada takdir. Aku tahu dan aku percaya kepada Qada & Qada dari Allah. Tetapi segala yang berlaku itu adalah melalui pilihan kita sendiri. Dan Allah itu maha mengetahui yang terjadi dan yang belum berlaku dalam kehidupan kita. Jadi terima sahaja... Assalammualaikum.


___________________________________________________
Jumaat, 10 Jun 2005

Hari nie aku tak mana-mana. Cuma duduk-duduk dirumah sahaja. penatlah berjalan semalam. Lagi pun hari nie kan hari jumaat. Penghulu segala hari. Aku ingat nak sambung cari kerja isnin nie jer. Sekarang nie aku tengah belek2 gambar nikah kakak aku. kat bawah nie ada aku sertakan bersama. tapi aku dah kecilkan...tak berapa clear..



kakak ku dan suaminya


yang ini setelah di zoom

lama juga aku tak jumpa kakak aku nie. Rindu pulak... oklah geng aku noktahkan disini dulu.
Assalammualaikum.


_______________________________________________
Khamis, 9 Jun 2005

Penat aku berjalan serata Subang hari nie. Buat apa lagi pergi temuduga lah.Agak-agak dah letih aku pun balik umah. Terus lepak depan tv tengok "muzik-muzik" kat tv3. Best juga layan lagu zehra zamri dan sarah raisudin. Petang-petang macam nie tak tau aku nak buat apa. Boringnya...kalau ada kerja taklah boring macam nie. Sabar jerlah kalau ada rezeki aku kat sini tak kemana. Janji aku jangan putus asa. Susah macam mana pun kena usaha juga. Tanpa usaha benda tu semua tak akan datang bergolek. Aku datang sejauh ini dari kampung bukan untuk menyusahkan family aku. Tetapi kerana ingin mencari kelainan dalam hidup ini. Aku tak mahu sentiasa berpaut didahan yang sama. Hari nie gagal tak semestinya esok juga menjanjikan kegagalan dalam hidup aku. Aku mesti berani..."berani gagal" itulah kata2 hikmah dari penulis buku "dare to fill" yang aku pegang selama ini. ok geng aku chow dulu. Tolong doakan kejayaan aku.
Assalammualaikum.
yang benar



________________________________________________________ ___________
Rabu, 8 Jun 2005

"KEJADIAN PELIK SEWAKTU AKU DITEMUDUGA"

Hari nie masuk hari ketiga aku keluar dari asrama
Kehidupan dirumah baru agak menyeronokkan.
Cuma aku masih tak dapat melupakan apa yang berlaku beberapa hari yang lalu. Pedih..tetapi itulah hakikat yang terpaksa aku telan. Sekarang nie aku sibuk merencanakan hidup aku. Mula-mula aku kena cari kerja yang sesuai demi menampung hidup aku dikota yang penuh dengan dugaan ini. Petang tadi aku telah menghadiri temuduga disebuah kilang di daerah Subang Jaya. Sebaik sampai dipondok pengawal aku terus menyapa pekerja yang bertugas dipondok itu. Dia memperkenalkan dirinya sebagai pak ngah sahaja. Orangnya nampak mesra dan peramah. Lama juga aku berborak dengannya sambil tangan aku pantas menulis jawapan2 yang sepatutnya aku isi ditempat kosong borang permohonan kerja itu. Yang sebenarnya aku ingin memohon jawatan di bahagian production, tetapi, menurut pak ngah, hanya bahagian stor sahaja yang masih memerlukan pekerja. Memandangkan keadaan sekarang ini aku lebih suka mengambil apa sahaja peluang yang ada. Dari hidup menganggur lebih baik aku melakukan sesuatu. Setelah sekian lama menunggu akhirnya giliran aku untuk ditemuduga akhirnya tiba. Aku diarah supaya menunggu di dalam bangunan berhadapan dengan "receptionist" yang bertugas. Setelah hampir 5 minit menunggu aku telah dipanggil untuk masuk kedalam. Di bilik penemuduga itu aku telah disoal bermacam2 perkara dari yang sepatutnya hinggalah yang pelik2. Aku sendiri tak tahu siapa namanya. Yang sebenarnya ini lah perkara utama yang ingin aku tulis disini, iaitu mengenai soalan penemuduga tu. Setelah sesi temuduga antara aku dan dia berlalu selama 10 minit dia mula memberikan penerangan kepada aku mengenai pembahagian sesi temuduga ini. Orang tu cakap dengan aku sesi temuduga nie terbahagi kepada 3. Yang pertama..
(yang dah berlalu 10 minit tadilah)
yang kedua pula ialah sesi soal jawab diantara aku dan pegawai atasan dibahagian stor. Dan yang ketiga nie merupakan yang terpelik.. dia cakap, aku kena menjalani ujian fizikal. Mula2 dengar aku biasa jer..yerlah tak tau apa2 kan. Lepas tu dia tanya aku pulak, "Awak tau ujian fizikal tu macam mana?" Aku cakaplah aku tak tahu. Lepas tu dengan selamba jer dia jawab "Awak dikehendaki berbogel." Giler ker apa dia nie...Tapi aku tak aderlah melenting macam tu depan dia. Aku rilek lagi. Aku terus tanya dia, "Kalau tak bogel tak boleh ker?" Dia terus jawab, "Awak jangan salah sangka. Saya bukan suruh awak berbogel sepenuhnya. Tetapi awak hanya perlu bukak seluar. Yang lain tak payah bukak. Aku masih lagi berat nak menunaikan syarat "pelik" kilang tu. tapi akhirnya kuteruskan jua. Bila aku dah bersetuju, dia dengan muka tak bersalahnya terus cakap.. "Awak ingat kita kat sini nak ke buat ujian macam tu?" Saya sajer jer nak test awak berani ker tidak. Masa tu aku dah "bengkek" jer dengan mamat tu. Dia cakap dia sajer jer buat macam tu untuk memastikan kaki aku sihat..maksudnya tak adelah skru sana..skru sini..disebabkan kemalangan. Kalau aku cakap tak nak bukak tadi maknanya aku ada penyakitlah tu. Tetapi disebabkan aku sanggup dia terus membuat penilaian bahawa aku nie sihat. Maklumlah nak kerja kat stor kaki kena kuat. Lepas tu dia siap buat tawaran kalau tak dapat kat stor mungkin aku akan dimasukkan ke bahagian production. Ada pulak kosong...tadi pak ngah kata dah penuh. Aku terus setuju jerlah.. aku cakap kat dia yg kerja stor tu dah jadi second choice aku. Lepas tu dia suruh aku balik tunggu panggilan... Sekarang nie dah masuk 12.08 minit pagi. Dia masih belum call. Tak perlah kalau tak dapat, aku kenalah interview kat tempat lain pulak. ok lah geng...aku tamatkan disini dulu. Ada masa aku sambung lagi...Bye...Assalammualaikum
Yang benar,



________________________________________________________ _____
Isnin, 6 Jun 2005

Kesal Yang Tak Sudah

Kisah nie berlaku semalam 5 Jun 2005.
Aku sendiri tak tahu kenapa aku begitu bodoh sehingga
sanggup bertindak sedemikian rupa. Mungkin aku sendiri yang dah kehilangan akal barangkali. Tak perlulah aku ceritakan secara terperinci disini tentang apa yang sudah terjadi. Cukuplah sekadar kamu semua tahu bahawa tindakan itu telah membuatkan aku malu semalu malunya..
Tak terdaya rasanya diri ini tatkala mengenangkan apa yang telah berlaku
tetapi apa yang mampu untuk aku lakukan sekarang nie?
perkara sudah terjadi dan takdir pula sudah tertulis. Mahu tak mahu itulah yang harus aku terima. Kekesalan yang wujud bagaikan tiada kesudahannya. Kepada yang terlibat..maafkan diriku, sesungguhnya aku sendiri tak tahu bagaimana untuk menerangkannya lagi. Aku tak pernah begini bila berhadapan dengan orang lain.. tapi dengan dia......aku jadi begini... maafkan aku.....


________________________________________________________ _________
Sabtu, 14 Mei 2005

Image hosted by Photobucket.com

Kisah Bank Simpanan Nasional

Semalam masa tunggu giliran kat BSN,
adalah sepasang couple yg duduk kat belakang aku.
Sambil diorang menunggu terdengarlah akan suara2 sumbang
yang keluar dari mulut jantan@pakwer pompuan tu...
Dia asyik membebel cakap perkhidmatan BSN nie lambat
sambil menghamburkan kata2 manusia yg tak bertamadun
yang pastinya ditujukan kepada juruwang bank berkenaan.
Jantan kerek tu telah mempersoalkan kenapa
mesti bila tiba waktu tengahari..cashier yg sepatutnya
melayan pelanggan dibank berkenaan tiada
(pergi makanlah tu).
Bukan setakat tu jer...siap keluar kata2 kesat lagi.
Tak ada adab punya manusia. Kenapa dia tak berfikir
pada sudut pandangan pekerja Bank tersebut...
tak kan kerja sampai tak makan kut...
orang kerja buruh pun ada time rehat dia.
Lagi pulak kerja bank yg terpaksa berhadapan dengan
kerenah pelanggan yang mengada-ngada macam dia nie..
Lagi pulak tu mamat nie sombongnya bukan main lagi..
Dia ngan awek dia bersembang macamlah bank tu
diorang yg punya..volume tak reti slow...
awek dia sajer jer lah tanya...
"u nanti sambung study kat uk ker?"...
dengan nada getek lagi sombong + riak mamat nie berkata
"of course..." dengan gaya sebutan macam lidah tu dah tergulung2
Berbulu jer aku duduk depan dia semalam..
muka dia ngan awek dia tak ader lah kategori menarik pun
berlagak jer lebih. Rimaslah aku ngan manusia macam nie.
Nasiblah dia keluar dulu...dari bank tu.
Korang semua nanti kalau masuk tempat awam..
janganlah buat perangai macam diorang nie..

________________________________________________________ ______
Selasa,10 Mei 2005

"kita merancang Tuhan yang menentukan...
tak semestinya apa yang kita hajati akan dapat kita miliki.
Aku pasrah dengan apa yang sudah ditakdirkan untukku..
Moga kebahagiaan akan jadi milikku..."

Image hosted by Photobucket.com

Artis : ANUAR ZAIN
Lagu : Mungkin

Biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu
Biarkanlah aku merindu sekian lama
Bukan maksud untuk membisusepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

( korus )
Mungkinkah bersama dua jiwa ini
Dalam mencari cinta sejati nan suci
Mungkinkah segala derita di jiwa
Akan terabat kini

Biarkanlah saja diriku sepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

( bridge )
Hanya satu pintaku
Sabarlah menanti
Ku kan pulang bersama
Cinta...


^Rasa macam terkenang kat seseorang jerrrr^

_____________________________________________________
Sabtu, 07 Mei 2005

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com

"Keranamu Kasih
(OST Puteri Gunung Ledang)

Kekasih jangan berduka
Yakin kita kan bersama
Hati ini satu walau jauh di mata Ikatan cinta
Luhurnya dijiwa

Hati pujuklah perasaan
Jauhi segala keraguan
Sayang untukmu kukorbankan Demi satu harapan
kepangkuan mu kekaasih
Keranamu kekasih

Hadirmu bagai cahaya
Damai reah dan gelora
Hati kita walau lara melanda
Asmara cinta
Tiada hujungnya

Hati pujuklah perasaan
Jauhi segala kesangsian
Cinta walau pun berjauhan
Kan ku kenang senyuman
Kerinduan ku masih
Kepada mu kekasih

Dan keyakinan ku masih
Kepadamu kekasih"

Jiwangnya lagu nie kan..?
tapi yang pasti bukan jiwang karat...
best layan lagu nie sorang2
vince punya faselto..best tahap super saiya tu..
he..he..he..
korang dah dengar ker belum?
kalau belum belilah album OST puteri gunung ledang.

______________________________________________________
Isnin, 18 April 2005

"Mengapa harus merindu rembulan yang,
tak akan jatuh ke riba.
Mengapa harus ada rasa cinta jika
tiada keikhlasan dihati..."

Penatkan bila menghadapi situasi yang macam ni kan.
Apa yang kita dapat dengan setia dan terus setia
pada yang tak sudi. Macam buang "karan" jer.
Tapi pada mereka yang degil sikit..sanggup juga tunggu
Macam yang pernah aku buat dulu.
Tapi sekarang nie aku dah tak macam tu lagi.
Bagi aku sekarang nie kalau aku sukakan seseorang tu biar
dia pun suka juga kat aku....
Tak ada masa lah nak tunggu2 nie lagi. Umur aku makin lama-makin
meningkat, esok tiba2 dia kahwin ngan orang lain...
takkan aku nak ternganga jer ngadap diorang berdua...
Sekarang nie aku tengah buat tawaran terbuka..
pada sesiapa yang nak join aku...mehler...
kita berkongsi pengalaman....kira macam eksperimen ler....
apa kata kita biar pompuan pula terpikat ngan kita...
aku namakan eksperimen nie sebagai....
"ops..perigi mencari timba"
Pada pompuan2 sekalian jangan marah....
korang tu selalu sangat jual mahal...
kata orang dicintai tu lebih elok dari mencintai....
Wassalam.

________________________________________________________ ___
Jumaat, 15 April 2005

Alah bengangnya.......
pangkor suruh orang tengok maggie bersama bintang..
Dayang Nurfaizah semalam...
last2 pangkor yang tak tengok....

Ceritanya begini....
semalam masa balik dari kelas...
pangkor terus masuk bilik..dah siap mandi apa semua...
saja jerlah nak baringkan diri atas katil....
baru nak pasang tv...adalah sorang room mate pangkor nie balik...
pangkor nie malas nak layan dia sangat..pasal perangai dia
very the very..TERUK lah....
kebanyakkan kawan pangkor yg lain pun tak suka ngan dia....
(macam mana dia boleh jadi room mate aku...?)
Pasal malas layan punya pasal..pangkor pun terus tidurlah....
ingat nak bangun 7.30....
tapi terbabas..pukul 8.00...apa yang ada masa tu...
Buletin Utama jerlah...
punyalah pangkor terkilan.....malam tu memang
pandang muka dia jer...
rasa hangin satu badan jer.....bengang nya...
terkilan nya.....
kawan2...ceritalah sikit apa yang berlaku semalam.....
bengangnya ..ngan mamat sorang tu........Ntahlah.....

________________________________________________________ _______
Khamis, 14 April 2005

Kenapa dengan dunia sekarang ni? Dimana2
sahaja berlaku penindasan..yang besar makin "besar"
yang kecil makin rendah martabatnya dipermainkan
golongan minoriti yang berajakan nafsu semata2.
Tidakkah terlintas difikiran mereka untuk menyayangi
sesama sendiri. Kenapa keganasan yang harus dijadikan
pilihan meneruskan kehidupan dizaman serba moden ini.
Perlahan-lahan manusia bertindak seolah2 tidak pernah
sama sekali memiliki "tamadun". Golongan ini sebenarnya
bukannya ramai... tapi pengaruh yang ada, membuatkan
mereka angkuh..sehingga lupa dibumi mana mereka berpijak..
Lupa kepada pemilik tunggal alam ini, Allah SWT.
Perlahan2 jua Allah telah menurunkan petanda2 awal
kepada golongan yang leka ini untuk bertaubat.
Lihat sahaja Tsunami,gempa bumi..dan yang terbaru..
letusan gunung berapi di indonesia..
Tidakkah semua itu menginsafkan mereka..?
Dunia semakin menghampiri zaman bertemu ajalnya..
Maka dengan itu kita umat Nabi Muhammad juga tidak
mempunyai banyak masa untuk terus leka dengan arus
kehidupan yang semakin condong kini...Renungkanlah kata2 ku ini..

________________________________________________________ __________
Khamis, 07 April 2005

Sedar tak sedar lagi 3 hari kakak sulong aku dah nak bergelar isteri orang. Dengan kata lainnya aku akan dapat seorang abang ipar lah kan. Diorang akan bersanding 30 April nie. Seronok tu memang lah seronok, inilah perkahwinan pertama yang berlaku diantara kami 4 adik beradik.. Aku harap kakak aku akan bahagia mengharungi hidup sebagai seorang isteri... oklah geng aku undur diri dulu.. ada masa aku edit lagi....

________________________________________________________ ____
Isnin, 28 March 2005

Seronok sangat ker sakitkan hati orang nie?
Apa pun bagi aku dipihak yang disakitkan hati petang2 cam
nie memang tengah hot + marah. Tapi nak buat cam mana
dah memang diorang tak paham ngan aku....
tu yang jadi cam tu kut....
tak perlah diorang nak cakap apa..cakaplah..
sebab matlamat aku sekarang nie cuma satu..
aku nak jadi "seseorang" Aku nak berjaya...
Aku nak tunaikan ikrar aku pada arwah ayah aku
dulu. Biarkanlah mereka mengutuk aku semahu yang
mereka suka. Aku yakin satu hari nanti semua tu
akan berbalik pada mereka semula. Dan pada hari tu
mungkin mereka akan ingat setiap lafaz perkataan
yang diorang lemparkan pada aku beberapa jam yang lepas
Bukannya aku berdendam ngan diorang
tapi mereka berhak mendapat balasan yang
setimpal diatas setiap apa yang diorang "niatkan"
pada aku selama ini.
Aku pun heran selama Setahun Setengah aku kat sini...
tak penah aku nak sibuk2 pasal diorang
dan kalau menyentuh bab aku..
macam2 lah yang diorang nak sampuk....
bukannya tak ada kawan yang baik...
ramai...tapi dek kerana "sekor dua" yang berperangai
macam orang tak pernah gie sekolah nie..
buat aku sakit hati jer memanjang..
nasiblah cuma tinggal dalam 2 bulan
lebih jer aku kat sini...
bestnya...happy giler....
boleh balik kampung lama2..pas tu
pergi pulau pangkor..rehatkan minda...
oklah geng hujan kat
luar pun dah berhenti..
so aku na balik....malam nie kena kerja...
bye.....Wassalam....

____________________________________________________
Ahad, 27 March 2005

Image hosted by Photobucket.com
...sahabat kesayanganku...

Dah lama rasa nya aku tak contact seorang
sahabat aku nie. Dia nielah teman aku yang paling
rapat masa sekolah dedulu. Tapi sekarang nie telefon
pun aku tak pernah...
kAT Atas tu gambar dia lah cute tak?
Kalau dulu hampir setiap hari ader jer...
bender aku nak sembang ngan dia.
Dia nie pompuan dan yang paling penting
Aku pun dah jatuh "syok" ngan dia.
Tapi dia dah ader orang lain.
Dia bukannya tak tau aku syok kat dier..
tapi dia takut...sebab kalau ada apa2
berlaku masa kami couple terus putus cam tu jer...
Adalah sekali ari tu dia hantar gambar2 dia
pasal aku juga yang mintak.
Itu pun lepas beberapa tahun.
Boleh pulak dia selit gambar pak we dia sekali..
Ntahlah aku rasa lain jer...berbulu jer...
jealous lah tu kan...
Mulai saat itu aku pun tulis sekeping kad Raya
kat dia..(time tu bulan puasa)
aku tulislah macam2 ayat jiwang...
siap lirik lagu "kau pergi jua"..
pas tu kat ending kad tu aku tulis
"jangan contact aku dalam tempoh masa yang agak
lama..dan aku benar2 memaksudkan apa yang aku
tulis pada dia."
Lepas dari tu ader juga dia hantar e-mail kat aku..
Tapi aku jahat..buat derk jer kat dia...
Ntahlah aku dah rasa lain...
Cian kat dier...
Bukannya apa aku tak tau nak balas apa
Tapi dia tetap kawan baik aku dunia dan akhirat...
Setiap tahun aku tak pernah lupa
Hari jadi dia..walaupun tak dapat bagi
hadiah face to face aku akan
pos kan hadiah tu...begitulah sayangnya aku pada dia.
Nie hari jadi dia tinggal beberapa bulan jer lagi
Walau pun aku tak hubungi dia langsung..
aku tetap akan pos hadiah untuk dia..
kerana dialah insan yang bergelar
"Sahabat" dalam hidup aku...
Mungkin benar kata dia yang kami tak sesuai untuk bersama...
________________________________________________________ ___



Khamis, 24 March 2005

"Cintamu yang tak ikhlas padaku yang setia
kau anggap aku tidak tahu..
kau curang dibelakang ku"

Cuba korang bayangkan kalau korang
Berada kat tempat orang yang menghadapi
Dilema yang macam nie
Kalau pangkor,
Pasrah jerlah
Sebab pangkor tahu bender tu bukan berpunca
Dari pangkor..sebabnya mudah
Pangkor kalau dah suka kat seseorang tu
Maka dia jerlah yang bertahta di hati ini
Dahulu..kini..dan selamanya
Pokok pangkalnya disini..adalah kesetiaan
Sejauh mana dia dan kita sendiri cuba untuk
Tidak curang diantara satu sama lain
Hormat menghormati tu penting
Selain tu kena ada "give and take"
Kata omputeh..kalau asyik si dia jer
Yang ingat tarikh lahir kita
Tapi kita pulak bila tiba jer turn dia buat don't know
Jer..macam mana kan? Mana nak kekal lama....?
Wassalam

________________________________________________________
Selasa, 22 March 2005

Tengahari yang agak meletihkan.
lepas nie ada ujian pula. Tak taulah boleh buat ker tak
Boleh. Apa pun jawab jerlah mana yang tau. Aku pun bukannya
lama lagi kat college nie.2 atau 3 bulan lagi habislah.
pejam celik-pejam celik tau2 dah 3 bulan
Pas tu masuk lah aku ker zaman "praktikal"
kerja semata2 utk pengalaman tanpa bayaran gaji.
Sekarang nie aku tengah layan lagu korea
dari drama "winter sonata"..feeling beb....
instrumental dia pun best..
aku minat violin.....lentok giler lah...
ok lah geng gUA CHOW DULU...
wAsSaLaM

__________________________________________________
Isnin, 21 March 2005

"Suriram, ram, ram, suriram
Suriram ku yang manis
o-adu-hai suriram
sayang putih kuning di pandang manis
Lihat burung berkicau kicauan
Memuja alam di pagi hari
Suriram bahgia hidup
Jika berkawan sayang aman
dan damai kekal abadi"

Meremang bulu roma aku secara tiba2 malam
tadi bila terdengar jer lagu nie dimainkan
di TV3. Baru kuperasan suara Dayang Nurfaizh rupanya
yang sedang berkumandang diudara....
terlalu syahdu untuk aku gambarkan kat sini...
Best yang tak terkira. Nie yang buat aku
tak sabar nak membeli album keluaran Nespray nie
selain dayang ,Ada Amy mastura, Fauziah Latiff, Sheila Majid,
Yang lagi sorang tu aku tak ingat siapa nama dia.. korang pun jangan lupa dapatkan
album nie..best,..siutttt

________________________________________________________ ____
Khamis, 17 March 2005

"Dihatiku cinta berbunga,
dan rinduku seharum bunga,
setiap detik kini nyata hanyalah
dirimu ohhh sayang.."
Maaflah sebab dah lama tak edit..
bahagian diari hatiku nie..
aku sibuk sikit semenjak 2 menjak nie..
maklumlah dah kerja....
malam kerja siang belajar..penat..
tapi demi duit poket..akan kuteruskan jua.
Sebagai anak lelaki aku harus kuat
untuk menempuh semua cabaran hidup ini.
Dua tiga hari nie aku asyik teringat bait2
lagu liza hanim jer...
"getaran cinta dijiwa"
selalu nyanyi sorang2 sambil berangan...
dah serius tahap asbestos dah
kejiwangan yang melanda hatiku
kini...
hampir setiap detik fikiran aku melayang2
mencari "si dia"...
tunggulah nanti akan aku ceritakan kat korang...
buat masa nie aku dah nak masuk kelas....
Bye Assalammualaikum...
"ku luahkan perasaanku
yang terpendam didalam kalbu
kutulis lagu dengarkanlah
getaran cinta dijiwa.."

___________________________________________________
Rabu, 23 Februari 2005
Alhamdulillah...
Betulllah cakap orang
"kenyang perut suka hati"
Kenyangnya, mana taknya,
sedap sangat bihun yang mak aji
masak ari nih. Aku memang selalu
beli sarapan kat mak aji nie.
Boleh dikatakan hampir setiap hari.
Hari nie Aku beli bihun jer..
tapi mak aji ni baik hati
dia sedekahkan lauk daging ngan 2 ketul karipap
kat aku..bertambah2 kenyanglah aku dibuatnya.
Pepagi nie bender pertama yang aku
buat adalah register semula
rumah baru am.net, forum yang selalu sangat aku masuk..
_______________________________________________________


Selasa, 22 Februari 2005
Selamat Bertemu kembali kawan2 semua
Diam tak diam dah lama juga pangkor online kan
page nie...kawan baru pun dah ramai...
hari nie tak tahu nak tulis apa
BOring gilerlah...so aku pun
dengar2 lagu jerlah....
pulak tu forum yang aku selalu lepak
tu dah nak pindah "rumah baru" lagi
nak register sekali lagi....
_______________________________________________


Isnin, 21 Februari 2005

Pagi yang indah.Secara tak sengaja
aku telah terjaga dari tidurku yang lena
Hanya suara radio yang setia menghiburkan aku
dan rakan2 di dalam bilik. Mataku terkebil2
memandang ke lelangit katil 2 tingkatku.
Fikiranku melayang2 kosong ntah kemana?
Kemudian terdengar pula suara khairil, DJ radio
era.fm sedang membacakan tajuk lagu yang akan
diputarkan selepas ini. Lagu yang cukup bermakna
pada diriku "Bertahta di Hati" nyanyian
pendatang baru "Farahdiya"
Ntah kenapa aku cukup tertarik dengan
bait2 lirik lagu tersebut.
Indah...cantik dan cukup tersusun bahasanya
Pertama kali mendengar nyanyian merdu itu adalah
ketika aku berkunjung kebilik rakanku
yang hanya beberapa meter dari bilikku..
Waktu itu aku menyangka ia adalah nyanyian
penyanyi evergreen Malaysia..
Rupa-rupanya tekaanku tersasar...
Aku terus menyambung khayalanku
yang terhenti seketika. Kali ini yang aku pasti
khayalan itu bukan lagi
khayalan kosong....
ianya penuh dengan makna & harapan.
Semoga aku berjaya nanti


_______________________________________________ Sabtu,19 februari 2005

Image hosted by Photobucket.com
Hari ni pagi2 lagi aku dah bangun..... Dalam pukul 7.30 pagi aku dah gi kedai mamak... lapar giler rasernyer... habis 2 keping roti canai aku makan sekarang nie jam 12.09 tengah hari.. dah beberapa jam aku kat computer lab nie... naik berpinar matu aku..tapi sebab nak siapkan website nie punya pasal.. aku tak kisah.. tinggal nak edit beberapa perkara lagi... lepas tu siaplah... kalau korang semua ader cadangan untuk memperindahkan lagi website aku nie...silalah kemukakan cadangan kat tagboard yg disediakan... ok wa cau dulu...

_________________________________________________ Khamis,17 februari 2005

Image hosted by Photobucket.com
Aku seorang lelaki periang yang sedang meningkat
dewasa. Kini dalam perjuangan dalam menamatkan
pengajianku sejak setahun yang lalu...
Sekarang nie aku hanya tinggal beberapa
bulan sahaja lagi untuk daku melangkah
ke alam pekerjaan. Tetapi sebelum tu
aku kena buat praktikal selama 3 bulan,
dan kalau suasana kat tempat praktikal
aku tu bagus, mungkin aku akan terus
kekal jer kat situ kut...?
Aku nie asal dari perak...
memang dari kecik aku membesar
kat sana. Untung rasanyer membesar
kat perak nie...suasana dier
meriah sesangat2..he..he...
kalau korang tak caya korang boleh
menetap kat perak lepas kahwin
nanti..pastu korang tanya anak
korang best ker tak best..?
kalau diorang cakap best,oklah tu
kalau tak best tu, korang ketuk
kepala aku, itu pun kalau
aku izinkan
ok itu jer citer aku arie nih..
esok citer lain pulak


_________________________________________
"HERO"
By,Enrique Iglesias

Image hosted by Photobucket.com

Let me be your hero
Would you dance if I asked you to dance?
Would you run and never look back
Would you cry if you saw me crying
Would you save my soul tonight?

Would you tremble if I touched your lips?
Would you laugh oh please tell me these
Now would you die for the one you love?
Hold me in your arms tonight?

I can be you hero baby
I can kiss away the pain
I will stand by you forever
You can take my breath away

Would you swear that you'll always be mine?
Would you lie would you run away
Am I in to deep?
Have I lost my mind?
I don't care you're here tonight

I just want to hold you
Am I in too deep?
Have I lost my mind?
Well I don't care you're here tonight

You can take my breath my breath away
I can be your hero




__________________________________________
"only you"
By,Enrique Iglesias

Image hosted by Photobucket.com

Looking from a window above
It's like a story of love
Can you hear me.
Came back only yesterday
I'm Moving further away
Want you near me.

All I needed was the love you gave
All I needed for another day
All I ever knew
Only you

Sometimes when I think of your name
And it's only a game
And I need you
Listening to the words that you say
Getting harder to stay
When I see you

All I needed was the love you gave
All I needed for another day
All I ever knew
Only you

This is gonna take a long time
And I wonder what's mine
Can't take no more
Wonder if you'll understand
It's just the touch of your hand
Behind a closed door

All I needed was the love you gave
All I needed for another day
All I ever knew
Only you

Looking from a window above
It's like a story of love
Can you hear me.
Came back only yesterday
I'm Moving further away
Want you near me.

All I needed was the love you gave
All I needed for another day
All I ever knew
Only you









Image hosted by Photobucket.com
Bertahta DiHati

Dihempas ombak,Terdampar buih Menanti waktu pulang ke laut

Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

Lihat...lihat..
Sinarnya menyala
Lihat...lihat
Ke dalam mataku
Cintamu bertahta (di hati)

Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu siapa
Ku cinta sejati
Kusandarkan jiwa

Digilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Diguris resah
Meniti hari bersulam tangis
Takkan berganjak pendirian ku ini
Selagi kita tak kembali bersatu

Selamanya
Takkan berubah perasaan terhadapmu
BIar digugat
Biar dicabar
BIar dihalang





Bertahta DiHati

Dihempas ombak,Terdampar buih Menanti waktu pulang ke laut

Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

Lihat...lihat..
Sinarnya menyala
Lihat...lihat
Ke dalam mataku
Cintamu bertahta (di hati)

Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu siapa
Ku cinta sejati
Kusandarkan jiwa

Digilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Diguris resah
Meniti hari bersulam tangis
Takkan berganjak pendirian ku ini
Selagi kita tak kembali bersatu

Selamanya
Takkan berubah perasaan terhadapmu
BIar digugat
Biar dicabar
BIar dihalang




Bertahta DiHati

Dihempas ombak,Terdampar buih Menanti waktu pulang ke laut

Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

Lihat...lihat..
Sinarnya menyala
Lihat...lihat
Ke dalam mataku
Cintamu bertahta (di hati)

Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu siapa
Ku cinta sejati
Kusandarkan jiwa

Digilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Diguris resah
Meniti hari bersulam tangis
Takkan berganjak pendirian ku ini
Selagi kita tak kembali bersatu

Selamanya
Takkan berubah perasaan terhadapmu
BIar digugat
Biar dicabar
BIar dihalang


Bertahta DiHati

Dihempas ombak,Terdampar buih Menanti waktu pulang ke laut

Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

Lihat...lihat..
Sinarnya menyala
Lihat...lihat
Ke dalam mataku
Cintamu bertahta (di hati)

Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu siapa
Ku cinta sejati
Kusandarkan jiwa

Digilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Diguris resah
Meniti hari bersulam tangis
Takkan berganjak pendirian ku ini
Selagi kita tak kembali bersatu

Selamanya
Takkan berubah perasaan terhadapmu
BIar digugat
Biar dicabar
BIar dihalang


Bertahta DiHati

Dihempas ombak,Terdampar buih Menanti waktu pulang ke laut

Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

Lihat...lihat..
Sinarnya menyala
Lihat...lihat
Ke dalam mataku
Cintamu bertahta (di hati)

Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu siapa
Ku cinta sejati
Kusandarkan jiwa

Digilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Diguris resah
Meniti hari bersulam tangis
Takkan berganjak pendirian ku ini
Selagi kita tak kembali bersatu

Selamanya
Takkan berubah perasaan terhadapmu
BIar digugat
Biar dicabar
BIar dihalang


sEmBaNg sAmPaI PeNaT